Saturday, April 16, 2016

Wednesday, October 23, 2013

DIORAMA

When I saw my last entry, I was like...

ه
&
و

Lama betul tidak menambah entri baharu, bersawang habis blog ni...

ha & wau...lamanya...

So,
Setelah hampir 2 tahun, inilah entri baharuku...

Diorama...Aku buat untuk Assignment PSV adik aku...


Diorama...Juga Aku buat untuk Assignment PSV adik aku...


Juga Asssignment adik aku, yang ni aku guna 3 teknik: Kolaj, Mozek dan Pointilistik.
Well, aku bukannya pandai sangat dan memang tak pandai sebenarnya bab-bab melukis ni, tapi kerana aku suka dan minat sangat2 dengan Art, jadi; aku tolong sajalah adik aku yang ambik kursus PSV untuk degree dia sebab nak escape subjek B.A, jadi aku tolong sajalah walaupun aku sendiri pun agak bangang dalam subjek PSV.

Saturday, December 31, 2011

Mari menyulam dengan Sulaman Riben.....masuk2 ja terus menyulam....Lek Luu...!!!

well aku kan memang suka pada karya2 kreatif...pantang nampak benda kreatif pada mataku dan mungkin saja tidak pada mata orang lain, aku memang nak cuba....cis....bajet kreatif betul la....

ini hobi baru aku,  quite tough but intresting....seronok sangat dapat belajar teknik ne dari buku...



setelah mencuba dengan teknik cuba-jaya.....


Sulaman Bunga Tulip & Rama-rama.....


Well....inilah hasil pertamaku....seronok dapat hasilkan sulaman ini dengan hasil tangan sendiri.

Saturday, October 29, 2011

Lukisan Burukku


ada seorang pelukis wanita kelahiran Iran,  namanya Farahnaz Panah.  lukisannya sangat artistik dan menarik minatku untuk mengenali dia.  Lupa hari apa,  tapi aku 'Klik' like pada page FB  dia.  hari ini,  aku meluangkan masa membuka FB dia dengan tujuan mahu melihat lukisan dia.  apa yang boleh aku katakan,  lukisan dia memang sangat bagus malah hebat.  aku sempat berbalas komen dengan dia dan merakamkan penghargaanku kepada art dia,  dan dia berterima-kasih pada pujian ikhlasku.   ingin sangat belajar art dari dia.  lukisan buruk ini aku tujukan buat BFFku J.J,  ada cerita tentang kisah dia dalam lukisan ini.  mungkin bagi pakar art terutama pelukis artistik, lukisanku ini sangat teruk dan harus di tong sampahkan tapi saat aku melukis lukisan ini,  aku mengasihani BFFku itu,  rabu lepas dia melalui saat sedih.  doaku agar dia tabah dan kesedihan itu sudah berlalu dan dia bisa bahagia semula.   

Batik: Teknik Garisan


lukisan batik aku trace dari cover plastik kertas kajang.  aku belum cukup bagus untuk hasilkan batik yang cantik begini.  Kalau dalam lukisan asal batik ini,  ia menggunakan warna,  aku pula gunakan 'teknik garisan' bagi menggantilkan warna.  lukisan batik ini masih belum siap.  masih dalam proses.

PoinTilisTiK: BuaH Lai 2

Inilah hasil siap Lukisan Pointilistik 'Buah Lai" hari tue,  sebenarnya lama sudah siap cuma belum kesampaian hajat untuk upload dalam blog.  masih belum sebagus guru PSV yang teknik pointilistiknya itu cantik sangat.  lagi pula aku memang tidak punya asas dalam bidang ini.  cuma melihat dari hasil seni mereka yang hebat itu.

Monday, October 10, 2011

PoinTilisTiK: BuaH Lai....



Buah Lai a.k.a PeaR.....

meneruskan lagi siri kegilaanku pada teknik Pointilistik,  kali ini aku melatih tangan bawah sedarku...ceh...untuk membuat tema alam semulajadi yang tajuknya: Buah Lai.   terinspirasi dari blog cikgu PSV tu la....dia ada buat lukisan buah Lai menggunakan pointilistik.   untuk pertama kalinya aku membuat teknik ini tanpa trace mana2 gambar...lukisan buah Lai ne sebenarnya masih belum siap...saja aku upload untuk melihat hasil siapnya nanti.   besok time kursus,  aku nak buat.  untuk hilangkan ngantuk dan bored. 

Terkesan agak kasar lukisan pointilistik ku ini....babiarla....nanti bila sudah pandai...aku akan memperhalusinya.....hehehe!!!