Saturday, October 29, 2011

Lukisan Burukku


ada seorang pelukis wanita kelahiran Iran,  namanya Farahnaz Panah.  lukisannya sangat artistik dan menarik minatku untuk mengenali dia.  Lupa hari apa,  tapi aku 'Klik' like pada page FB  dia.  hari ini,  aku meluangkan masa membuka FB dia dengan tujuan mahu melihat lukisan dia.  apa yang boleh aku katakan,  lukisan dia memang sangat bagus malah hebat.  aku sempat berbalas komen dengan dia dan merakamkan penghargaanku kepada art dia,  dan dia berterima-kasih pada pujian ikhlasku.   ingin sangat belajar art dari dia.  lukisan buruk ini aku tujukan buat BFFku J.J,  ada cerita tentang kisah dia dalam lukisan ini.  mungkin bagi pakar art terutama pelukis artistik, lukisanku ini sangat teruk dan harus di tong sampahkan tapi saat aku melukis lukisan ini,  aku mengasihani BFFku itu,  rabu lepas dia melalui saat sedih.  doaku agar dia tabah dan kesedihan itu sudah berlalu dan dia bisa bahagia semula.   

No comments:

Post a Comment